2026-04-16 HaiPress

Datuk Mustapha Sakmud bercakap pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Miri APM
MIRI,16 April – Peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana perlu terus diperkasa,termasuk menaik taraf pusat operasi terutama di kawasan berisiko tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Miri APM,hari ini.
Tambah Datuk Mustapha,APM memainkan peranan penting dalam menguruskan pelbagai bencana termasuk banjir,kebakaran dan kecemasan lain yang memberi impak langsung kepada masyarakat.
Sehubungan itu,beliau menekankan kepentingan memperluaskan program kesedaran dan latihan kepada komuniti,khususnya di kawasan berisiko,bagi membolehkan penduduk mengambil tindakan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Dalam masa sama,beliau menegaskan APM bukan sahaja menyelamatkan nyawa,malah berperanan membina masa depan negara kerana setiap individu yang diselamatkan berpotensi menjadi aset penting kepada negeri dan negara.
Turut hadir Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak,TPj. (PA) Mohtar Samat; Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),Ahmad Nazib Johari; serta Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri,Mejar (PA) Bonnie Madisun.
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16
04-16