2025-12-11 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,10 Disember – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyambut baik pengumuman pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),khususnya pengecualian yang diberikan kepada perniagaan dan koperasi dengan perolehan tahunan kurang daripada RM1 juta.
Presiden ANGKASA,Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah,berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus kewangan serta meningkatkan kecekapan ekosistem perniagaan.
Menurut beliau,pengecualian berkenaan juga dapat meringankan beban pematuhan,memandangkan sebahagian besar koperasi di Malaysia berada dalam kategori mikro dan kecil.
“Langkah ini memberi ruang kepada koperasi untuk menyesuaikan operasi,meningkatkan keupayaan digital dan membuat persediaan secara berperingkat sebelum pelaksanaan diwajibkan,” katanya.
Tambah beliau,pelaksanaan secara berfasa turut membolehkan koperasi berperolehan lebih tinggi membuat persediaan awal bagi memastikan peralihan kepada sistem e-Invois berjalan lancar,selari dengan aspirasi pendigitalan sektor koperasi serta agenda Malaysia MADANI.
ANGKASA sentiasa komited menyediakan sokongan,latihan dan bantuan teknikal kepada koperasi di seluruh negara bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap garis panduan e-Invois serta pematuhan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh LHDNM.
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11