2025-12-11 HaiPress

Pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan permintaan domestik,penggunaan swasta yang stabil serta pembentukan modal tetap kasar yang kukuh/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Disember - Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2026 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar diunjur berkembang 4.5 peratus berbanding anggaran 4.7 peratus pada 2025.
Menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB),pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan permintaan domestik,penggunaan swasta yang stabil serta pembentukan modal tetap kasar yang kukuh.
Bank itu menerusi nota penyelidikannya memaklumkan,peningkatan ini turut dipacu oleh pertumbuhan berterusan pelaburan swasta dan awam,meskipun perbelanjaan penggunaan awam dijangka sederhana.
Dari sudut penggunaan domestik,perbelanjaan swasta dijangka terus kukuh hasil pelaksanaan langkah berkaitan pendapatan dalam Belanjawan 2026.
Pada masa yang sama,sektor pelancongan dijangka terus pulih dan berkembang dengan kempen Visit Malaysia 2026 dijangka memberi rangsangan tambahan kepada perbelanjaan pelancong.
Sementara itu,persekitaran inflasi yang rendah dan stabil diunjur pada 1.7 peratus tahun hadapan yang dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun 2026.
Ini sekali gus menyokong keadaan kewangan yang lebih akomodatif bagi isi rumah dan perniagaan.
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11