2025-12-11 HaiPress

Malaysia telah membina naratif konsisten tuntutan Sulu,penyalahgunaan proses undang-undang antarabangsa / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember - Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah,membuka platform baharu untuk Malaysia memperkukuh posisi diplomatik serta undang-undang di peringkat global.
Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berpandangan keputusan itu,bukan sekadar mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,malah memberi asas kukuh mengembangkan pendekatan diplomasi undang-undang di peringkat antarabangsa.
"Keputusan itu memberi Malaysia ruang kukuh untuk melaksanakan diplomasi undang-undang pada peringkat antarabangsa.
"Ia juga menunjukkan Malaysia,sebuah negara yang kukuh mempertahankan kedaulatan dan ini meningkatkan kredibiliti Malaysia dalam beberapa forum dunia termasuk ASEAN dan OIC.
"Melalui jaringan itu juga,secara tidak langsung memperkukuh kefahaman bersama mengenai prinsip imuniti negara serta menangani ancaman penyalahgunaan proses undang-undang antarabangsa,"katanya.
Beliau turut menegaskan Malaysia telah membina naratif yang jelas dan konsisten bahawa tuntutan Sulu merupakan bentuk penyalahgunaan proses undang-undang antarabangsa.
Dalam masa sama,keputusan mahkamah yang memihak kepada Malaysia di beberapa negara seperti Sepanyol,
Perancis,United Kingdom dan beberapa negara Kesatuan Eropah turut membuka ruang untuk Malaysia mengukuhkan hubungan dua hala bukan sahaja dalam bidang undang-undang dan keselamatan,tetapi juga kerjasama ekonomi.
Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu turut yakin pengukuhan undang-undang domestik,termasuk penggubalan Akta Kedaulatan Negara,boleh memberi perlindungan tambahan kepada kedaulatan negara.
Dalam masa sama,beliau mencadangkan pengenalan Akta Keselamatan Ekonomi bagi melindungi aset strategik negara yang kemungkinan terdedah kepada risiko tuntutan luar atau manipulasi asing.
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11