Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Sektor minyak sawit pada kedudukan baik tembusi pasaran karbon

2025-12-11 HaiPress

Kerajaan mahu memastikan minyak sawit yang dieksport adalah mampan sepenuhnya. / Foto RTM

KUALA LUMPUR,11 Disember - Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon.

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perkara itu dapat dicapai setelah amalan kemampanan dan ekonomi kitaran diterapkan merentasi rantaian nilainya.

Jelas beliau,meskipun minyak sawit belum memiliki sistem kredit karbon yang tersendiri,kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah penting,antaranya usaha untuk membendung penebangan hutan.

"Jika anda ingin menanam minyak sawit,jangan lagi melakukan penebangan hutan. Jadi saya kekal dengan menghantar mesej ini kerana kelapa sawit kita merupakan salah satu penyumbang ekonomi terbesar kepada negara," .

"Kita mengeksport 120 bilion dan menyediakan 1 juta pekerjaan. Dan apa yang perlu kita lakukan,kita ingin melindungi sektor ini. Jika kita terus melakukan penebangan hutan,tiada siapa yang akan membeli minyak sawit kita. Pada akhirnya,anda mendapat angka,anda mendapat kuantiti,tetapi nilainya tiada.

"Hari ini,kita menghentikan semua ini (penebangan hutan). Kita ingin memastikan bahawa kita mengeksport minyak sawit yang lestari. Sebab itu kita dapat kekalkan eksport melebihi 100 bilion," katanya kepada media selepas melancarkan fasa kedua dana Perkongsian untuk Peralihan Iklim Diperkukuhkan (UK PACT) Malaysia-United Kingdom (UK) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Johari berkata kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai pelaksanaan cukai karbon.

Ia berikutan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Malaysia (RUUPIN) perlu diluluskan terlebih dahulu dan perbincangan komprehensif dengan syarikat serta pemain industri perlu dilaksana.

Menurutnya,RUUPIN yang dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama pada sidang Parlimen tahun hadapan akan menyediakan rangka kerja perundangan kepada syarikat untuk merekod,mengurangkan dan memperdagangkan pelepasan karbon.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap