2025-12-11 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,11 Disember - Sebanyak 20,032 kes kanak-kanak tanpa dokumen diselesaikan tahun ini,bertujuan memastikan mereka bukan sahaja mendapat MyKad,tetapi juga akses pendidikan,rawatan kesihatan percuma,serta terjamin status kewarganegaraan untuk masa depan.
Menurut Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,kekurangan dokumen pengenalan diri bagi kanak-kanak menimbulkan masalah serius.
Ini termasuk menghadkan akses kepada rawatan hospital,meningkatkan kos perubatan,juga menyukarkan pendidikan apabila mencapai umur 12 tahun,dan berpotensi menjejaskan status kewarganegaraan jika tidak diurus sejak awal.
"Saya inginkan 20,000 permohonan diselesaikan segera. Jangan biarkan rakyat menunggu lima,tujuh,10 atau 12 tahun. Saya telah menetapkan sasaran 20,000 kes mesti diselesaikan di Bahagian PP dan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Setakat 10 Disember,pegawai-pegawai telah berjaya menyiapkan 20,032 kes,termasuk kes-kes yang bermula tanpa dokumen lengkap,yang kemudiannya dibawa kepada isu kewarganegaraan. Keutamaan kita adalah memastikan masalah rakyat dalam kategori ini diselesaikan dengan segera," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda di Dewan Negara.
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11