2025-12-11 HaiPress

KUALA LUMPUR,11 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya menempatkan seramai 3,227 guru baharu di seluruh Sarawak,setakat November lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,daripada jumlah tersebut,1,078 guru atau 33.4 peratus ditempatkan di sekolah-sekolah pedalaman,manakala 2,149 guru atau 66.6 peratus ditempatkan di kawasan lain di Sarawak,berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sekolah-sekolah serta daerah-daerah masing-masing.
"Sehingga November 2025,pengisian guru di sekolah seluruh Sarawak adalah sebanyak 98.42 peratus dan pedalaman Sarawak adalah sebanyak 97 peratus. Kadar pengisian ini dinamik,bergantung kepada persaraan guru dari masa ke semasa dan juga penempatan pada masa ke semasa.
"KPM komited melaksanakan pengisian guru baharu ini bagi membantu persediaan sekolah,PPD dan JPN bagi sesi persekolahan tahun 2026," katanya di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim berhubung jumlah peratusan kadar penempatan guru baharu di pedalaman Sarawak dan jumlah kekosongan yang belum diisi setakat pertengahan tahun ini.
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11
12-11