Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PKS tarik nafas lega langkah naikkan nilai ambang e-invois

2025-12-08 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 Disember - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA),Datuk William Ng berkata,langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada keperluan tersebut.

"Walaupun keputusan ini mengambil sedikit masa,kami bersyukur kerana PKS kini diberikan ruang untuk menambah baik operasi tanpa tekanan tambahan daripada pelaksanaan e-invois," katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Beliau berharap PKS menggunakan tempoh kelonggaran itu untuk memperkukuh usaha transformasi pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Menurutnya,keputusan itu juga mencerminkan keprihatinan kerajaan dan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,terhadap suara serta cabaran peniaga kecil.

Terdahulu,Datuk Seri Anwar mengumumkan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun depan sebagai langkah mengurangkan beban syarikat PKS.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar secara langsung rungutan peniaga kecil mengenai kos melaksanakan sistem itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap