2025-12-08 HaiPress

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM)/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,6 Disember - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,BNM menjalankan operasi setiap hari melalui repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender semalaman Murabahah untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam sistem kewangan.
Secara mingguan,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM41.30 bilion pada hari Jumaat berbanding RM39 bilion yang dicatatkan dalam minggu sebelum ini,manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam menokok kepada RM23.10 bilion daripada RM20.30 bilion.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 4 Disember 2025. -BERNAMA
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08