Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Malaysia catat lebih RM33 bilion eksport getah setiap tahun

2025-12-08 HaiPress

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani/gambar arkib

KUALA LUMPUR,8 Disember – Malaysia merekodkan lebih RM33 bilion nilai eksport getah dan produk berasaskan getah setiap tahun,didorong oleh kekuatan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani,berkata negara mengimport purata RM7.5 bilion getah asli setahun hasil keupayaan teknologi pemprosesan dan hiliran.

Menurutnya,kementerian komited memanfaatkan 400,000 hektar tanah tidak aktif bagi meningkatkan penanaman getah di seluruh negara.

“Jika kita lihat dari segi ladang,Malaysia mempunyai 1.1 juta hektar,namun hanya kira-kira 60 peratus yang diusahakan.


Kita masih ada lagi 40 peratus melibatkan ladang-ladang getah yang tidak diusahakan,” katanya pada Majlis Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah di sini hari ini.

Turut dihadiri Pengerusi LGM,Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Tambah beliau,pengeluaran getah dalam negara kini sekitar 350,000 tan metrik,jumlah yang masih dianggap mapan.

"Permintaan sebenar melebihi 1 juta tan metrik,sekali gus menjadikan penglibatan lebih agresif pemain industri sebagai keperluan strategik.

“Jika pelabur dalam sektor ini dapat terlibat dengan lebih agresif,ia akan mengukuhkan kedudukan negara,khususnya kerana Malaysia merupakan penggerak utama dalam R&D serta teknologi dalam industri tersebut,” katanya.

Beliau berkata,LGM setakat ini telah mengkomersialkan lebih 200 teknologi R&D serta mendaftarkan 394 paten,mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat inovasi getah global.

Pada majlis itu,Ahmad Badri berkata LGM turut menggubal dan melancarkan Buku Strategi 2026-2030 bagi mendepani cabaran global,pematuhan antarabangsa dan tuntutan kelestarian industri.

Beliau berkata strategi tersebut memberi tumpuan kepada teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI),robotik dan automasi,selaras dengan transformasi digital dan pengoptimuman sumber organisasi.

“Sambutan 100 tahun ini bukan pengakhiran,tetapi permulaan kepada bab baharu yang menekankan inovasi dan masa depan industri,” katanya.

Ahmad Badri menyeru penyelidik,pengusaha dan komuniti global untuk terus bekerjasama serta berinovasi.

“Pastikan getah Malaysia kekal relevan,berdaya saing dan menjadi komoditi penting untuk generasi akan datang,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap