2025-12-08 HaiPress

Johor sasar 500 pemegang Sijil Halal baharu,tahun ini - Foto RTM
JOHOR BAHRU,8 Disember - Johor mencatatkan RM2.6 juta kutipan hasil Pensijilan Halal Malaysia sehingga 5 Disember lepas meningkat,berbanding RM2.4 juta tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor,Mohd Fared Mohd Khalid berkata permohonan sijil halal turut mencatatkan peningkatan tahun ini,dengan sehingga kini,2,024 permohonan diterima,termasuk 35 hotel yang berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal bagi menyambut pelancong Islam sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Setakat November,68 Sekolah Agama Kerajaan Johor telah mendapat sijil daripada sasaran 153 sekolah,dengan baki dijangka selesai sebelum hujung Disember.
Beliau turut yakin,gerak kerja ‘Task Force Halal’,yang melibatkan lebih 30 agensi kerajaan dan swasta,dijangka membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 500 pemegang Sijil Halal baharu tahun ini.
Mulai tahun depan,semua agensi di bawah Portfolio Hal Ehwal Agama,termasuk anak syarikat,wajib menggunakan pembekal makanan bersijil halal,dengan tempoh tiga hingga enam bulan diberi sebagai mematuhi syarat.
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08