Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun

2025-08-21 HaiPress

Allahyarham Azizi Harun merupakan Penerbit Rancangan di Unit Antarabangsa,Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar merakamkan dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun,Penerbit Rancangan RTM,yang telah kembali ke rahmatullah hari ini .

Menerusi hantaran di Facebook,beliau memaklumkan secara peribadi beliau mengenali keperibadian Allahyarham ketika berada di Tanah Suci sewaktu mengerjakan ibadah haji tahun lalu 1445h.

Ketika itu Allahyarham bertugas sebagai petugas haji media 1445H. Sepanjang pertemuan tersebut,beliau melihat sendiri keperibadian Azizi yang ikhlas,dedikasi dalam menyampaikan maklumat serta sikap mesra yang disenangi ramai.

"Sesungguhnya pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

"Saya berdoa semoga roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT,diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

"Kepada seluruh ahli keluarga Almarhum,semoga dikurniakan kesabaran,ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap