Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Polis minta orang ramai kesan Nur Najwa Natasha

2025-08-21 HaiPress

Wanita berkenaan dikenali sebagai Nur Najwa Natasha Johari,berumur 24 tahun/Foto FB Polis IPD Padawan

KUCHING,20 Ogos - Orang ramai diminta mengesan seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang sejak 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan,Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan,wanita berkenaan dikenali sebagai Nur Najwa Natasha Johari,berumur 24 tahun.

Wanita itu dipercayai keluar dari rumahnya sekitar pukul 11 pagi pada Selasa dan sehingga kini belum pulang.

"Kali terakhir dilihat,dia memakai t-shirt biru,skirt jean biru serta bertudung hitam," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat,diminta menghubungi Ketua Polis Balai Batu Kawa,ASP Syahrulhafizy Ghazali di talian 013-228 96 99 atau Balai Polis Batu Kawa di talian 082-463 411.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap